Menjelang beberapa hari lagi memasuki bulan Ramadan, pastinya memberi seribu satu kelainan berbanding sambutannya tahun lalu.
Mana tidaknya, kelonggaran yang diberikan kerajaan bagi membenarkan beberapa aktiviti keagamaan seperti solat Tarawih diadakan sepanjang bulan Ramadan menzahirkan rasa syukur dalam diri setiap umat Islam.